Monday, February 16, 2009

TiaDakah kAte2 tegUrAn yaNg eLok diDengAr dAn diTeriMa dEk aKal??

Entri kali ni adalah ingin kuluahkan rase betapa tak sukanya aku tiap kali mendengar sahabat2 rapatku menggunakan kalimah2 mencarut yang sememangnya tercarut…mungkin sebabnya dari kecik dirumahku diajar supaya tidak menggunakan perkataan begini hatta walau dalam keadaan marah sekalipun. Paling tidak ku gunakan adalah:
(kupahatkan bahase kelate kerana kukira lagi sedap didgr)

1) Gillo do’oh=gila yang teramat paling
2) Bengom kelu=bengong kelu lidah untuk berkata2
3) Bodo molek=bodoh yang sangt elok..(erk..ade ke?hahahha)
4) Bewok la kakah ni= biawak sungguh ko…
5) Kuba la=kerbau tul

Dan banyak lagi menatang2 halal yang kukira lagi indah disebut daripada menyebut menatang haram seperti cik bab no 1…..dan aku sangat pntang org menyebut bende najis ini, kerana kiraku sangatlah kurang ajar bahasa yang digunakan..pulak2 jika kaum yang menyebutnya adalah dari jenis kaumku sendiri..sangat tak boleh bertolak ansur…aku pun tak tau kenapa..agaknya sebab dirumah umiku akan cilikan mulut ngan lada ataupun cubit bibir sampai bengkak2 jikalau tersalah menyebut menatang yang sanagt pemalas tu..

bayangkan..jika dilihat pade rupa paras yang cantik molek, tetiba, tika bercakap terkeluar perkataan cik bab 1 tu, memang compom aku hilang hormat..walau cantik mana orang yang bercakap…walau tinggi mana pangkat dia dari aku, walau tinggi mana ketinggian dia dari aku, dan walau tua mana dia dari aku…aku tetap rase dia tidak mempunyai contoh yang baik untuk anak2 teladani…

dan aku suka berkata pada kawan2 ku, “banyak2 menatang dalam zoo tu, menatang haram jugak ko nak sebut, ape da pupuskah binatang yang halal kat bumi allah ni?” cube kalau time marah tu sebut kambing tul la budak ni…tak pun..itik la ko ni..tak pun...gajah mada betul la ko ari..tak pun… ayam katik la ko ni…haaa…tak ke sonok org dengar..cute pun ye gak…cun ape…tapi…manusia, manakan masuk bila dikeji, Cuma gah bila dipuji…..

tapi aku takkan pernah serik menegur walaupun aku penah dijawab dengan jawapan:” ala kak nonie..kalau sebut menatang2 halal, tu kan tak kira mencarut?” hui…..wallaweii tul la mangkuk hayun tu..rase nak sumpah dia jadik mangkuk jamban terus..siyes!! sangat tak bertamadun pikirannya itu…kukira mungkin parents kat umah tidak mengajar ataupun anaknya itu terlebih diajar..sampaikan da suka guna words2 yang tak patut diguna untuk tujuan tak rasmi….tibe2 aku rase aku menjadik emo tiap kali mengenangkan masalah itu….hui…berasap!!

juga ingin dikupaskan kejadian semalam dimana discussion group dibuat di café kaed…sedang kami berbincang, lalulah segerombolan budak2 sekolah yang kukira tidaklah nak matang perangainya dengan bunyik selipar yang diseret2 ketika melangkah…tetiba….

WOI P_N_ _T!!! boleh diam tak!!!!!

Ya allah..da la terkejut dengan serkahan yang tiba2..plak tu dengan bahasa yang aku rasekan sangat tak bermoral..sedangkan budak yang ditegur hanyalah budak sekolah rendah..dan kita: kukira bakal2 graduan university…islam lagi..melaung dengan begitu angkuh sekali…apakah tidak boleh ditegur dengan elok kukira? Memang aku berase sangat kasihan kepada budak2 yang menunduk malu..tapi kukira lagi ku kesiankan si polan ni disebabkan mendapat dosa dek kata2 yang sememangnya mencarut…nauzubillah aku dr menjadi seperti itu…

Tetibe, ia membuatkan aku terpikir, apakah dirumah , itu bahasa yang dia gunakan kepada adik2? Apakah itu juga bahasa yang dia akan gunakan untuk anak2nya kelak..juga, apakah itu bahasa yang dia bakal gunakan untuk melahirkan keluarga yang penyayang?jikalau ya….nauzubillah aku panjatkan…memang hancurlah setengah2 hati yang rapuh….

Tetapi, jika dilihat pada hari ini..itulah trend bahasa yang digunakan..hatta tidak dinafikan, kawan2 rapatku sangat ramai yang suka menggunakan bahasa2 yang kukira sangat tidak sopan..mungkin mereka merasakn bende alah tegal biase dek kerana selalu mengucapkan kata2 itu, tapi, adakah berbaloi anda mendapat secalit dosa disebabkan kata2 yang tersangatlah kecik untuk dilafazkan…

Jika orang melihat aku berdiam diri dikala bahasa2 begini disebut, percayalah, cuba lihat mimic wajahku sekali, sememangnya aku tidak punya tempat untuk diluahkan rase terkilan buat kawan2 yang suka berbahasa dengan bahasa yang trendy ini…wallahuallam bissowa’

chow chin chow!!!

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU