Entri lagi? Mak aih!! Bapak bersemangat waja kot!!!ok…disebabkan selama ni blog aku adalah blog private, entri2 ku lebih kepada privasi dan peribadi semata2..dan disebabkan beberapa orang kawan dah menyumpah2 suh aku buat public, hahahhahah, maka aku pun tukar la balik…hampeh korang…dan..untuk korang2 yang memang aku tak galakkan pun baca blog aku, (siyes)…so, kali ni aku membuat sudut pembelajaran ilmiah..memang aku sangatlah tanak memjadik guru tak bertauliah pade korang, but hopefully, all of u can give some comments! ;p Cikgu yang baguskah aku? Mari kita tinjau!!
Hari ni aku nak ajar korang: mari belajar bahasa Kelantan!! Atau dalam bahase kelantannya adalah:
Maghi Blaja Kecek Kelate:
Ayat pertama adalah= situasi di mana anda berade di pasar besar
Kamu : sayur ni bapo ya mokcik? (sayur ni harganya brapa makcik?)
Mokcik: tigo amah mek….( rm1.50 nak…)
Ketika membeli kuihmuih:
Kamu : kuwey ni make gano cik?(kuih ini makannya bagaimana makcik?)
Mokcik: kuwey ni sedak cicoh nga nyior.( kuih ini sedap dimakan bersama kelapa)
Situasi pergaduhan:
A: cih natey nih, aku supoh jadi kuba ke!! (Cis binatang ini, aku sumpah ko jadik kerbau kang!!
B: huk aloh la kakah ni, takat kuba gak, gonamo rima..aku dok nakuk laksom..(ak illa perkakas= budak A- ni, setakat kerbau tu, apalah sangat, aku tak takut langsung)
Situasi suami isteri:
Isteri: abe! Acu maghi sinni metta gak, oghe nok oyak ni.( abang, cuba datang ke sini sekejap , saya mahu beritahu ni)
Suami :gedio gak, oyak2 je la…bukenyo tok leh kecek derah2 (apadianye?, cakap je la, bukannya tak boleh cakap kuat2)
Situasi adik meminta biskut ngan kakak:
Adik : kak2, nok sekkuk meri hok duk dalam tin kaler putis-star tuh! ( kakak, nak biskut merry yang ade dalam tin warna purple tu?)
Kakak: huk aloh la…amik hok duk dalam bekah kaler kuning oren tu la..sekkuk merri jugok( ak illa, ambik yang duduk dalam bekas kaler jingga tu la, biskut merry jugak..)
Hui, berasap gak otak aku nak buat entri ni…letih piker ayat..rasenya takat ni la dulu, lain mase, akan disambung lagi..aku da nak kuar da..ape2 kemusykilan, boleh dibawak berbincang, till then, chow chin chowwwwww!!!
No comments:
Post a Comment