Sakit gile.. sakit sangat hati ini... bila tiba2 kau
berbicara tanpa bertapi2....kalaulah intonasi kau adalah intonasi gurauan...
aku rasa aku masih boleh menahan.. kalaulah niatnya hati kau, mendoakan aku... aku lebih2 pula rasa
bersyukur ...
Tapi.....
Mungkin aku yang pada masa tu dalam keadaan sensitif, atau
tak peka dan sedar bahawa kau sebenarnya tgh bergurau mesra... atau usikan
semata-mata....mungkin...mungkin aku tidak tahu.....
Tetapi, kalau diturutkan rasa hati , tenang mengalir air
mata setitik dua....owh... ini rupanya perangai baru... dan bahawa manusia itu
bisa berubah-ubah...
Bila aku, kau katakan anak manja.. cengeng pula ditambah
degil dan keras kepala... dimanjakan sampai tiap kali mahu pulang, harus
terbang, bukannya duduk berjam2 di jalanan.....
Lagi ditambah bezanya kau dulu yang boleh hidup balik
semalaman br kesampaian.... rinduan berbulan2
tidak payah nak dikisahkan... apatah lagi Ayahanda dan Bonda penuh
kesibukan....
Mahu saja aku noktahkan disini... itu tikanya bapamu sihat
tubuh badan... itu tikanya ibumu muka penuh keceriaan, itu ketikanya keduanya
mereka muda kedewasan...
Bukan sekarang... bukan sekarang hidup dengan jalan penuh
kepedihan, hidup dalam waktu kesempitan, hidup yang kadang2 penuh kepura-puraan.. Kenapa..
kenapa dan kenapa???
Kerna engkau adakalanya lupa, lupa akan kebahagaian mereka
di zaman tua... lupa menjenguk sisip tepi mereka yang terluka.. dek kerana
pinangan anak2 konon Berjaya... Berjaya... yakni Berjaya menjadi seorg yang
disenangi, seorg yang dikelilingi, seorg yg dihormati...
Kalau diikutkan kesakitan hati, terusan mahu menjerit- jerit
memaki... hanya disebabkan isu sebegini, mudahnya engkau menudung jari...
Jika diturut hati yang disakiti, mahu aku menjerit dan
berkata, owh, aku sanggup ambil risiko tidur berjam2 perjalanan untuk sehari,
walaupun sakit belakang terpaksa dihadapi... dr menjwb perlian, yang jauh
panggang dr api, dengan niat memahami....
Sedih...
Pilu...
heh~ bagaikan engkau mengerti semua yg terjadi...
Kau tidak tau pilunya hati mendengar dan merasa......bila
kau tidak pulang berbulan hanya sekali, walaupun sudah menjalankan
tanggungjawab anak mithali, menelefon
bapamu seminggu sekali.
Kau tidak rasa risaunya ati si ayah sendiri, tika kau habiskan
perjalanan sehari, semata-mata mahu ketemu empunya diri yng sedang menanti.
Kau tidak menyedari,
sejam sekali telefonnya
menyanyi-nyanyi... mahu bertanya selamatkah perjalanan yang ditempuhi,
hinggakan tidurnya juga diganggui...dek kerana mendoakan dijauhi segala
malapetaka yang tidak diingini.
Kau tidak pernah cuba mendalami, situasi di mana bapamu
berkiasan mahu dimengerti.... mengapa sudah lama tidak kau habeskan cuti...
iaitu bercuti di kampong sambil menemani.....
Kau tidak mengalami masa-masa dimana dia menderita sakit dan
mula syaitan2 mengaburi, adakah masa hayat sudah berakhir dan perlu
dinoktahi..walhal selalunya sudah memang begini, bila sakitnya terjadi.
Dan sesungguhnya kau mungkin tidak menyedari apa yg kau tunjuki, sedikit sebanyak ada
mengecilkan hati.... hati si dia, si bapa dan ibu mithali....
Kadang2.. rasanya lebih baik bergaduh sepak2 terajang gusti
segala bila timbulnya hal begini ...kerna dalam
tidak sedar, sakit itu.. sakit yang sekejap-sekejap dirasa hanya tika
kau disepak terajang segala.... mungkin seLepas itu, sakit itu
pastinya berlalu pergi...
Dari rasa sakit disebabkan mulut berbicara dengan kurang
berhati-hati, yakni lidah bagaikan pedang atau tusukan belati... skali
berbunyi... pedihnya terus ke ulu hati... melekat.. terpahat... dan terusan legap...
Atau, seolah2 diketukkan paku, pade sebatang kayu, yang mana
selepas dicabut, kesannya ada hingga ke hari ini...
No comments:
Post a Comment