Tuesday, March 24, 2009

puNyai pErSpekTif yanG bErBeza...sLps BanGun tiDo.....

Oleh kerana da lame tak publishkan pape dalam blog ni, aku suka mengQada’kan entri2 aku kepada lipatan ganda bagi memenuhi kehendak silent2 readerku yang hari2 duk bising coz aku tak buat entri….jugak pade sape2 yang baca dan kutuk blog aku (Wahhh!!! Jutaan TErima Kasih kepada kalian- u know who u r- coz cakap aku suka tulis bende yang ntah pape dan banyak berkisar pada luahan emosi semata2…. dan tak memberi pengetahuan pada korang) aku nak cakap 4 perkataan je kat korang:

JANGAN BACA BLOG AKU!!!!( baca Dengan gaya Lemah-Lembut)

Ade pehem??? Kang aku guna bahase kasar kang, terase lak!! So, aku amik pendekatan, korang tak suka, jgn nak banyak songeh…aku cepuk jugak kang…..dan kalaulah aku ade magic, da lame aku sumpah korang jadik katak kembung-SIYESLY!!!

Ok…Entri kali ini sebenarnya di atas permintaan Fido yang suh aku bagitau dalam Lots of Love ni, yang dia sangat Bangga dan Perasan Sekejap bila group kami adalah best group dari segi flow of presentation..diulangi, flow presentation sahaja ye kawan2…dan seperti kata Bro Nazri( Outsider Expertise in Planning, merangkap Lecturer kesayangan kami) YOUR PROPOSAL IS SUCKS!!!

Huhu…mungkin benar kate Fido…kami hanya perlu focus dan amik berat words “THE BEST” dari mulut Beliau ( Bro.NAzri) dan patut mengabaikan perkataan2 yang lain…..ahah!!..kan fido kan??? Mungkin jugak, bagi aku, kadang2 perasaan PERASAN untuk seketika detik….dibolehkan kot..Kotttt!!! hahhahahha…OK Fido..Ditujukn khas buat ko- GROUP KITA-RIMBUN CONSULTANT- PERASAN JAP jadik THE BEST GROUP in our studio!!!! Hahhahahhah…..tapi dinasihatkan, jgn riak lame2, sebab report final kita tak siap lagi..jangan mudah lupa diri dengan puji pujian yang sementara kerana puji-pujian hanyalah layak untuk Allah..ok?

Berbalik kepada cerita disebalik tabir diatas, hal ini adalah kerana pagi semalam, kami Berjaya menyiapkan semua panel2 kami (dr segi printing) –iaitu sebanyak 10 panel A1 dan 1 panel A0(master plan) pada Jam 7.30 malam waktu tempatan bersamaan pada hari AHAD, 22 March, 2009. Oyeah!!! Kita Hebat…hahhahahhah..dan presentation titik kuase (powerpoint) Berjaya disudahkan pada pukul 6 pagi semalam (thanks to Shanor and Atul)dimana pada pukul 6.30 pagi tu, kami bersiap2 untuk balik ke bilik, took a nap for an hour , mandi, bersiap, dan datang ke studio untuk prepare for the Final Presentation. And Congratulation to us again because we did submit it on time…Oyeahhhh lagi skali…

Selepas submition kepada Bro A(Studio Master kami), dimana berlaku sedikit selisih pendapat di antara Nama KEDai Roti Canai kat tepi skolah Teknik Gombak-M _ _ _ _ L – yang mahukan panel2 kami ditampal, walhal kami diberitahu untuk menghantar gulungan2 panel berikat dahulu kpd Bro A oleh Bro L, dan mael tak berjaya mengawal ketidak puasan hatinya- termasuk faiz dan angah dan fido juga dalam kondisi perasaan yang sama( kadang2 budak laki lagi emo dr budak pompuan..hahhahah), telah bertemu 4 mata ngan Bro L….hahhahaha..mantap mael..ngadu terus ek?

Dan setelah emosi-tak-stabil dapat dikawal, kami diberitahu yang kami akan present pade hari Jumaat(27hb March,2009)..wahh!! kami sangat happy kerana at least, kami sempat prepare dan edit mana2 yang tak complete lagi untuk memdapatkan Final Presentation yang mantap lagi bergaya.

Dan macam biase la, Mael, Fido, Faiz dan Angah dengan selamba badaknya pergi memenuhi perut mereka dengan sempoinya…ok…Final presentation kami dimulakan dengan Bayu Consultant-group Cik Paiman-merangkap bestfrenku yang terchenta- diikuti dengan group Nawwar–merangkap geng kamceng aku kat studio- (aku Lupe name Consultant diorang),seterusnya Sentosa Consultant-group Munshi- dan TETIBA…

*“ ok, saya ulang group yang present hari ni, group Farah Najwa, group Muso, group Tanjung Dawai B-group Zalina (Munshi Group) dan group Heritage and Conservation B- group Farhatul”

Hah? Asal lak group kiteorg? Kan tadi cakap present hari Jumaat???biar betul…tadi kate group Heritage A-Layar Consultant? Ape kess ni?????.....dan tetibe Atul dipanggil oleh Bro A…

*“Farhatul, group awak da submit semua kan? Dah siap semua? Boleh gantikan group yang tak abih printing lagi?”
*“ Hah, sir? Memang da siap, tapi power point kiteorg tak siap lagi ni..ade yang nak edit lagi (bohong sunat..hehe…alasan nak ngelat)”
*“Tapi group u boleh presentkan hari ni? Gantikan yang group Raja yang tak abih printing lagi ..Group Aisyah saya da tukar ngan group Zalina.. OK?”
*“Tapi sir……nape lak..tadi sir cakap group kami present Jumaat”
*“Saya pentingkan mana group yang da siap la..ok? no bargain..group awak present last skali,petang ni, group 4,OK?”
(*dialog adalah menggunakan bahasa inggeris British dan telah diedit dari tahap ingatan aku)

Apa jadahnya pulak…tadi kate lain..ni nak aci main tukar2 plak..haish!!! tak puas ati tulll..geram n bengang tetibe menghuni diri…asal lak sir ni…haish!!! Tak puas hati..tak puas hati….tapi sape kita nak lawan2 lecturer- studio master lak tu, silap2 bleh tukar jadik ‘monster plak’..kan2?so, Atul ngan muka bengang dan tak puas hati, btaw kiteorg bertiga-leha ,aku n shanor dan btaw ke4-4 jejaka Malaya yang ntah-tgh-bersantai-kat mana-ntah tu melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS untuk balik dengan kadar segera yang boleh.

Dan kami kebelakang, untuk memberi laluan kepada preparation dari segi kefasihan berucap didepan dan menulis sedikit sebanyak apa yang patut diucapkan mengenai SAP kiteorg.dan sementelah menunggu group yang tgh present tu habis, kiteorg berbincang dan melihat part masing2 dan memahaminya.

Tepat pukul 3.30 ptg, kami ready dan memulakan pembentangan . dimulakan dengan Atul presenter pertama untuk introduction, diikuti Aku, presenter ke2 untuk conceptual plan, kemudian proposal setiap zon oleh Mael- presenter ke3 bagi Zon Tadbir, Faiz-presenter ke4 bagi Zon Warisan, Fido-presenter ke5 bagi Zon Niaga,Angah-presenter ke6 bagi Zon Hijau dan seterusnya Leha-presenter ke7 untuk Heritage Proposal dan Shanor-presenter ke8 untuk Costing dan Penutup. Dan kami berada ditahap kritikal dek kerana mase yang diberikan hanyalah 30minit, yang mana buat kami kalut dan tak puas hati (yang mana Lecturer2 duk buat check PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU…haish!!! pastu dengan muka yang kami rase memberikan riak ketidak puasan hati dan rase SAP kami cam bodoh tahap katak bawah gelas)…OWH, KAMI SEDIH!!!

Dan Shanor hanya sempat berucap tak sampai 2 minit, kerana mase telah ditamatkan (sian dia) …..yang aku tak puas hatinya, asal tadi group lain tak kena timing time, tapi group aku kena,strictly plak tu, da bagi mase skit, yang duk Tanya macam2 tu asal, plak tu nak complen banyak2 lak..mesti la mase abis kat situ..haish!!! Kami bengang!

Dan komen dari Lecturers untuk Rimbun Consultant adalah:
*“Kamu semua macam tak buat amendment pun time kiteorg da crit mase Final Crit ari tu”
“Mana linkages antara kesemua zone”
“Ape yang heritagenya, kan kamu buat SAP untuk heritage?”
“Kenapa locate kat situ kan saya da tegur ari tu yang kawasan tu sesuai”
“Kamu ni buat keje ke tak?”
“Kamu patut pentingkan mana yang lebih penting…baru kami paham,”
“Tak payah cerita yang zone tu pun takpe, tapi pentingkan heritage value tu”
“we are so disappointed with your group, padahal group kamu ade potensi nak buat lagi bagus dan kami tau kamu boleh buat lagi bagus”

Dan yang paling best adalah:
“As I teach you all almost 2 years, I’ve already know your character, sebab tu saya kumpul kamu untuk satu group, I already comment on the Final Crit dan mintak kamu pikir dan tgk betul2… YOUR PROPOSAL is SUCKS!!! Saya da bagitau hari tu,mana yang saya komen yang saya suh improvekan..kenapa kamu tak buat? Ok I tell you the truth….saya rase group kamu paling menonjol antara kesemua group dalam studio ni dan boleh dikatakan group kamu adalah THE BEST GROUP and you impress me a lot…saya da kenal kamu 2 tahun, dan saya tak sangka group kamu boleh membuat kami kagum. Dari segi flow of presentation, yes group kamu paling bagus, dan atul, presentation kamu tadi sangat meyainkan…tapi bla masuk yang lain, kamu dah salah buat keputusan at situ..y?? ….mana SAP yang bakal kamu nak buat, saya tak Nampak kat situ , bape kali da saya pesan, saya tegur….dan setiap comment yang saya dengar bila kita consult, group kamu ok…tapi still, saya rase tak puas hati sebab saya tau kamu boleh buat lagi bagus”
“Yes, we agree that we see your group is quite good, tapi kamu tak tukar langsung pun ape yang kami tegur hari tu..ape justification kamu?”

Dan banyak lagi komen2 yang tahap Sambal Belacan Kaw Gila yang dibuat dari tumpahan SeLori Lada ditgh jalan…..
(*dialog adalah menggunakan bahasa inggeris British dan telah diedit dari tahap ingatan aku)

Hai…..kami terkedu bercampur terkejut dan gembira+nak menangis+ nak berterimakasih+nak marah+naik bengang.Terkedu dan terkejut kerana he did say our proposal SUCKS!!!...Gembira bila dipuji sekejap….Nak menangis bila diorang cakap kami tak amend apa yang ditegur sedangkan da amend da dan sedih dikatakan proposal2 tu sucks……Nak berterima kasih kerana puji2an yang diberikan walau dikutuk hebat…Nak marah sebab diberi mase yang singkat dan buat kami kelam kabut….Naik bengang sebab 1) time consult, mane ade diorang cakap yang nak kena locate kat Taman mEstika tu..2) boleh diorang duk pressure timing presentation dah nak abis..siap tolong kirakan lak tu..Haish!!! Bengang giler!!!

Mmmm..betul la orang kate, selepas bangun dari tido, kamu akan melihat sesuatu, memikirkan sesuatu, dan mempunyai pendapat yang lagi baik dan lagi bagus dalam sudut dan perspektif yang berlainan. Dan aku, hari ini, selepas bangun dari tido selama 10jam(haahhahah) melihat komentar2 yang lecturers lontarkan dari sudut yang positif…mungkin pesyarah2 dilatih untuk memberi task yang mencabar supaya kita tau reality sebenar bila keluar bekerja..mungkin juga mereka sengaja mencipta perasaan begitu untuk memberi kita peluang ke arah yang lebih baik, mungkin mereka rase mereka sentiase betul dalam mendidik kita dan mungkin inilah yang dikatakan proses pembelajaran yang perlu diajar untuk mendidik kita menjadi seorang graduan yang mantap, berkaliber dan berkarisama serta mempunyai daya tahan yang bagus dalam menghadapi dugaan di alam pekerjaan.hehe..aku suka!!!

Dan aku berpendapat, Allah itu Maha MEngetahui segala sesuatu yang kita tidak ketahui…dan aku juga melihat bahawa di setiap apa yang Allah rancangkan, perkara yang kita tak nampak adalah hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian2 yang kita lewati, sesali dan takuti. Mungkin kami dikutuk hebat, tetapi pade mase yang sama, BELIAU mengurniakan nikmat yang tak terhingga bilamana disebalik kutukan yang bertubi2, kami diberi satu pujian yang walaupun kecik dan sekejap, perasaan itu buat kita teruja dan gembira. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan kami yang Maha Arif lagi Bijaksana.

Wallahua’lam…Cekedout!!!

No comments:

piGiEbeNg nAk bAyar uTaNg piTipiTipU